Delivery : Mon - Fri 9.00am - 6.00pm, Sat - 9.00am - 1.00pm
search

Keazaman untuk terus berjuang

Apabila kita cari dan buat kaji selidik berkenaan FIP, banyak maklumat yang menceritakan secara teknikal cara kaedah merawatnya. Jarang kita jumpa sebab mengapa pemilik haiwan kesayangan ramai dan perjalanan dan keazaman mereka untuk terus bertarung.

Selepas penyelidikan and ujian selama beberapa tahun di Universiti of California, mereka mendapati GS-441524 memberi kesan yang memberangsangkan untuk melawan FIP. Walaupun begitu, tidak semua pakar vaterina akan menyampaikan maklumat ini kerana mereka mungkin tidak menyedari bahawa ujian rawatan untuk menggunakan GS-441524 sudah dijalankan. Ada juga tahu tentang rawatan ini tapi tidak menyampaikan maklumat itu  kepada pemilik kucing kerana ianya masih di tahap percubaan dan ia memberi risiko kepada lesen dan klinik mereka.

Walaupun begitu, pemilik kucing yang berani dan telah berazam untuk menyelamatkan ahli keluarga mereka menemui kami melalui Google dan Facebook dan tak kurang juga dari mereka yang sudah atau sedang menggunakannya. Kami sudah berjaya membantu beberapa pemilik dan kami ingin berkongsi apakah faktor yang mendorong mereka untuk terus mencuba.

Faktor yang paling utama ialah hubungan seseorang terhadap kucing mereka dan juga kesungguhan mereka untuk menyelamatkan nyawa kucing itu. Ramai dari kita yang tak sedar bertapa rapatnya kita dengan teman peliharaan kita hinggalah saat diberitahu yang mereka menghidapi penyakit yang akan membawa maut dan tiada ubat serta harapan seperti FIP. 

Kebanyakkan pemilik akan menerima hakikat dan nasihat doctor vaterina mereka bahawa penyakit ini tiada rawatan dan sebagainya, akan tetapi, ada segelintir yang tidak akan berdiam diri dan terus mengkaji untuk mencari jalan yang lain. Perasaan sedih dan kecewa mereka bertukar menjadi harapan apabila mereka menemui GS-441524. Harapan mereka menjadi kenyataan apabila kucing kesayangan mereka pulih setelah menjalani rawatan yang sebelum ini dikatakan tidak wujud. Mereka ini juga yang akan memberi sinar harapan kepada pemilik kucing yang lain yang menghadapi masalah yang sama seperti mereka dahulu, berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada yang masih mencari jawapan.

Walaupun sebelum ini mereka tahu bahawa tidak semua rawatan membawa jaminan, tetapi setelah berhempas pulas mencari jalan dan rawatan yang dilakukan tiap-tiap hari, secara tidak lansung, mereka menjadi lebih rapat dan mengenali lebih mendalam keadaan kucing mereka dan ikatan antara mereka makin rapat setelah melalui pengalaman yang menguji kesabaran dan keazaman bersama.

Mari kita bersama-sama berkongsi pengalaman tak kira pahit atau manis menghadapi dan melawan penyakit ini. Kita bersatu dan berazam tidak akan membiarkan walau seorang pun yang berazam untuk menyelamatkan teman kesayangan mereka berasa keseorangan. 






Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping