Deliveries are from 9.00am - 6.00pm Monday to Friday and 9.00am to 1.30pm Saturdays. No deliveries / pickup on Sundays
icon-search

Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Feline Infectious Peritonitis (FIP) pada Kucing

Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Feline Infectious Peritonitis (FIP) pada Kucing

Pernahkah anda mengalami masalah kucing kehilangan selera makan tiba-tiba? Biasanya hal ini akan diikuti juga dengan penurunan berat badan secara drastik, terdapat pembesaran pada perut, dan beberapa gejala-gejala lain.


Ada kemungkinan, Kucing anda mengalami Feline Infectious Peritonitis atau yang lebih dikenal sebagai FIP. FIP sendiri merupakan penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing dan ia disebabkan oleh infeksi Coronavirus pada Kucing atau yang dikenal juga dengan FCOV.


Jadi, supaya anda semua tidak panik, ini beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang Virus ini:


Kadar Kematian Yang Tinggi

Melibatkan sekitar 1~2% populasi kucing serata dunia, dengan kadar kematian sehingga ~96%. 


Apakah Gejalanya?

Kucing dengan gejala FIP biasanya menunjukan beberapa tanda seperti:

  • Hilangnya selera makan secara tiba-tiba

  • Pembesaran perut yang luar biasa

  • Adanya perubahan warna pada bola mata kucing seperti tidak biasanya.

  • Tubuh kucing seperti pada gusi, telinga, hidung, telapak tangan dan juga bola mata yang mengalami perubahan warna menjadi kuning.

  • Kucing dilihat tidak seaktif seperti biasa

  • Kucing terlihat mulai jarang buang air kecil seperti biasanya.

  • Demam


Tidak Berjangkit

Kucing yang dijangkiti virus FIP tidak akan menyebarkan virus FIP kepada kucing lain. Virus yang berjangkit  adalah Feline Corona Virus (FCOV)bukan FIP.  Kita berbincang sedikit mengenai FCOV ya.


FCoV (Felline Corona Virus) adalah virus Corona yang menjangkiti kucing. Virus ini hanya berjangkit diantara kucing saja dengan gejala FCoV yang paling teruk merupakan cirit-birit. Hampir 80% dari populasi kucing serata dunia dijangkiti virus ini. Perlu diingat juga bahawa, FCOV tidak membawa kematian, tapi ia merupakan virus yang boleh menyebabkan FIP. Ketika kucing dijangkiti virus FCOV, anda hendaklah mengelakkan seboleh-bolehnya perkara yang boleh memberi tekanan atau stress kepada kucing , kerana ketika kucing dijangkiti virus FCoV perkara-perkara yang meyebabkan stress pada kucing akan meningkatkan kemungkinan virus FCOV bermutasi menjadi FIP. Pastikan juga ketika kucing anda terkena virus FCoV, elakkan kucing dari bersentuhan dan bergaul dengan kucing lain supaya virus tidak berjangkiti.

Pada masa ini, boleh diubati

Pasa masa ini FIP sudah boleh disembuhkan melalui penemuan oleh penyelidik perubatan di AS menggunakan anti virus GS-441524. 


Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Virus FIP dan rawatannya, anda boleh klik pada WhatsApp kami untuk berhubung terus dengan pasukan kami.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping