Tinggal Bersama Banyak Kucing? Ketahui Cara Cegah FIP Sekarang! – BASMI FIP Malaysia | Official Website ©️
  • Deliveries are from 11.30 - 3.30pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • Recommended Pet Supplements for a Healthier, Happier Pet Learn More
icon-search

Tinggal Bersama Banyak Kucing? Ketahui Cara Cegah FIP Sekarang!

Tinggal Bersama Banyak Kucing? Ketahui Cara Cegah FIP Sekarang!

Memiliki lebih dari satu kucing sememangnya membawa kebahagiaan tersendiri. Kamu dapat melihat gelagat kucing yang comel bermain dengan seronok walaupun kadangkala, kamu juga perlu menyaksikan pergaduhan mereka~


Namun begitu, perlu diketahui bahawa di persekitaran yang dihuni oleh banyak kucing, risiko penularan Feline Coronavirus (FCoV) yang menjadi punca utama jangkitan FIP (Feline Infectious Peritonitis) sebenarnya adalah lebih tinggi.


Jadi, apakah langkah yang perlu diambil oleh pemilik untuk cegah FIP dan menghindari penularan Feline Coronavirus (FCoV) di rumah yang mempunyai lebih dari satu kucing? 


Jom teruskan baca kupasan yang telah disediakan oleh Basmi FIP Malaysia!


Apa Itu FIP dan Punca Utamanya

Seperti yang kita sedia maklum, FIP adalah penyakit yang sangat merbahaya dan ditakuti oleh semua pencinta kucing. Ini kerana jika tidak dirawat dengan segera dan berkesan, nyawa kucing boleh terancam.


Sebelum disahkan menghidap FIP, sebenarnya kucing terlebih dahulu telah dijangkiti oleh virus corona kucing (Feline Coronavirus/FCoV). Virus ini biasanya dibawa oleh kucing lain dan disebarkan melalui najis.


Sebenarnya, virus ini adalah biasa ditemui dalam tubuh kucing. Dengan sistem imun yang kuat, kucing boleh melawan FCoV. Namun, masalah mula timbul apabila virus ini bermutasi dan membiak dengan pantas.


Mutasi virus FCoV inilah yang menyebabkan pengumpulan cecair dalam rongga tubuh kucing, kehilangan berat badan, perubahan warna pada iris mata, atau kehilangan kawalan terhadap tubuhnya.


Oleh itu, kucing yang tinggal dalam rumah banyak kucing atau dalam persekitaran padat seperti shelter atau rumah penjagaan kucing mempunyai risiko jangkitan FIP yang lebih tinggi.


Namun, dengan memahami bagaimana FCoV merebak dan cara mencegahnya, sebagai pemilik, kamu boleh melindungi kucing kamu daripada risiko FIP.



Kenapa Rumah Multi-Kucing Lebih Berisiko?

Seperti yang telah disebutkan, FCoV merebak melalui najis. Kucing akan tertelan virus yang terdapat dalam najis kucing lain, kemudian virus tersebut akan bermutasi menjadi bentuk yang lebih berbahaya.


Penularan ini kerap berlaku di rumah yang mempunyai banyak kucing, pusat perlindungan haiwan, atau tempat pembiakan kucing. Ini kerana, terdapat beberapa aktiviti yang meningkatkan risiko jangkitan seperti

  • penggunaan litter box yang telah tercemar secara bersama-sama,

  • aktiviti grooming antara kucing, dan

  • tahap stres yang tinggi akibat populasi yang padat.


Selain itu, faktor lain yang meningkatkan risiko penularan FCoV termasuklah pindah rumah, trauma selepas pembedahan, atau jangkitan lain yang tidak dikesan lebih awal.


Sebagai tambahan, menurut kajian, kucing dari baka Abyssinian, Bengal, Birman, Himalayan, Ragdoll, dan Devon Rex didapati lebih mudah dijangkiti FCoV.


Jadi, jika kamu memiliki kucing dari baka ini, seeloknya ambil langkah berjaga-jaga sejak awal.



Praktik Pemisahan dan Kebersihan yang Wajib

Untuk mengurangkan risiko penularan FCoV di rumah yang didiami oleh lebih dari satu kucing, kamu perlu amalkan prinsip pemisahan dan kebersihan dengan teliti. Bagaimana caranya?


  • Sediakan satu litter box untuk setiap ekor kucing. Jika boleh, sediakan satu tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Bersihkan litter box dua kali sehari dengan pembasmi kuman atau pencuci yang selamat untuk kucing.

  • Asingkan kucing yang sakit daripada kucing yang sihat. Kamu boleh mengasingkan kucing yang tidak sihat buat sementara waktu.

  • Hadkan jumlah kucing baru yang dibawa masuk ke dalam rumah.

  • Usahakan untuk mewujudkan suasana yang tenang, selamat, dan bebas stres.



Pengawasan Gejala

Ketika berada di peringkat awal atau baru sahaja dijangkiti FCoV, lazimnya kucing tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas. Namun begitu, jika kucing kamu mula menunjukkan perubahan berikut, segeralah bawa ke doktor haiwan.

  • Lesu, tidak aktif, dan kurang bermain seperti biasa.

  • Hilang selera makan.

  • Penurunan berat badan secara mendadak.

  • Demam yang tidak sembuh walaupun sudah diberi ubat atau antibiotik.

  • Muntah dan cirit-birit yang berterusan.


Selain itu, perhatikan juga gejala klinikal berikut.

  • FIP Basah — perut atau abdomen membengkak kerana pengumpulan cecair, berat badan bertambah tapi badan tidak kelihatan gemuk, atau sukar bernafas.

  • FIP Kering — badan kucing kurus dan organ tertentu membengkak.

  • FIP Mata — mata menjadi merah atau berlaku perubahan warna pada iris.

  • FIP Neurologi — kucing hilang kawalan tubuh, kerap terhantuk pada objek, atau mengalami sawan.


Jika kucing kesayangan kamu telah diperiksa oleh doktor dan disahkan menghidap FIP, untuk dos dan saranan rawatan GS-441524 terbaik, hubungi terus Pasukan Basmi FIP Malaysia melalui WhatsApp, ya!


Pentingnya Pengesanan Awal

Tanpa rawatan, jangkitan FIP hampir pasti membawa maut. Namun, kebanyakan kucing yang dijangkiti FCoV tidak akan menunjukkan sebarang gejala kerana mereka mempunyai sistem imun yang kuat.


Oleh itu, penting untuk memantau setiap perubahan pada tingkah laku atau kesihatan kucing, terutamanya di rumah yang mempunyai banyak kucing.


Jika salah seekor kucing di rumah kamu telah disahkan menghidap FIP, besar kemungkinan kucing lain sudah terdedah kepada FCoV. 


Namun begitu, hanya sebahagian kecil kucing sahaja yang akan membangunkan FIP. Sebagai langkah pencegahan, kamu boleh lakukan perkara berikut.

  • Tunggu sekurang-kurangnya satu bulan sebelum membawa masuk kucing baru selepas kucing yang dijangkiti meninggal dunia.

  • Jika terdapat beberapa ekor kucing dalam rumah, tunggu sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat sama ada terdapat gejala FIP pada kucing lain.



Nutrisi dan Sistem Imun

Kucing yang dijangkiti FCoV boleh sihat seperti biasa jika sistem imunnya kuat. Jadi, selain daripada menjaga kebersihan dan pengasingan, kamu juga perlu memberikan makanan yang berkhasiat dan vitamin yang sesuai.


Makanan yang seimbang boleh meningkatkan daya tahan tubuh kucing. Selain pemakanan, pastikan kucing sentiasa mendapat air yang mencukupi dan tidak mengalami dehidrasi. Perhatikan juga jenis makanan yang mungkin boleh mencetuskan alahan.


Berkenaan dengan vitamin, kamu boleh mulakan dengan suplemen yang menyokong kesihatan organ penting seperti hati (LiverRX), buah pinggang (KidneyRX), dan otak (BrainRX).


Dengan memberikan suplemen ini, risiko kerosakan organ dalaman ketika dijangkiti FIP boleh dikurangkan.


Penutup

Sebagai rumusan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk cegah FIP yang berpunca daripada FCoV, terutamanya jika kamu tinggal di rumah banyak kucing.

  • Asingkan kucing yang sakit dan jaga kebersihan rumah secara berkala.

  • Sediakan litter box yang mencukupi dan elakkan kepadatan kucing dalam satu ruang.

  • Amati tanda-tanda awal FIP dan lakukan pemeriksaan secara berkala.

  • Berikan makanan yang berkhasiat untuk menyokong sistem imun.

  • Tangguhkan pengambilan kucing baru sehingga risiko benar-benar rendah.


Jika kamu seorang breeders, pastikan kamu menitikberatkan aspek sanitasi, kawal populasi, dan pantau keadaan kesihatan kucing secara berkala.


Selain itu, fahami kepentingan kuarantin untuk kucing baru, elakkan pembiakan kucing yang menunjukkan tanda pembawa FCoV, dan bekerjasama dengan doktor haiwan untuk memantau kesihatan kumpulan kucing kamu.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping