Cara Mengenali FIP Kucing – Basmi FIP™ Malaysia
  • Deliveries are from 9.00am - 4.00pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • We're available on Shopee Now! Shop Now!
  • We're available on Lazada Now! Shop Now!
icon-search

Cara Mengenali FIP Kucing

Cara Mengenali FIP Kucing

FIP Kucing adalah penyakit serius dan boleh membawa maut pada kucing yang disebabkan oleh Feline Coronavirus (FCoV). Pengesanan dan rawatan awal adalah penting untuk memastikan hasil rawatan dan pemulihan yang terbaik untuk kucing yang terjangkit. Artikel ini akan membincangkan cara-cara mengenali gejala FIP pada kucing anda.

Gejala Penyakit FIP Kucing

Gejala penyakit FIP pada kucing berbeza mengikut bentuk virus yang terjangkit. Gejala-gejala yang paling biasa dilihat adalah:

  • Demam

  • Kehilangan selera makan

  • Penurunan berat badan

  • Pembengkakkan perut

  • Batuk

  • Kesusahan bernafas

  • Pengumpulan cecair dalam rongga perut atau dada

Ujian Diagnostik Untuk FIP

Untuk mendiagnosis FIP pada kucing anda, beberapa ujian harus dijalankan, termasuklah: 

  • Ujian FCOV AB: Ujian ini mencari antibodi kepada virus yang menyebabkan FIP.

  • Ujian Rivalta: Ujian ini dijalankan sekiranya terdapat pengumpulan cecair pada rongga perut.

  • Ujian Darah Hematologi and Kimia: Ujian-ujian ini membantu mengenal pasti paras albumin, globulin, dan bacaan-bacaan buah pinggang dan hati.

  • Ultrasound (USG): Ujian ini mengenal pasti pengumpulan cecair dalam rongga perut. 


Cara Merawat Kucing FIP

FIP pernah dianggap sebagai hukuman mati bagi kucing. Walau bagaimanapun, dengan adanya rawatan GS-441524, prognosis bagi kucing FIP semakin bertambah baik. Kucing FIP kini boleh sembuh dengan rawatan sepatutnya. Rawatan ini terbukti berkesan dalam merawati FIP, dan kini, kucing dengan FIP boleh menjalani kehidupan yang sihat dengan jangka hayat kucing FIP akan dipanjangkan. Jika anda mengesyaki bahawa kucing anda menjangkiti FIP, ia adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor haiwan dengan segera untuk memastikan kucing anda menerima rawatan yang berkesan secepat mungkin. 


Rawatan Diagnostik
Apabila situasi di mana semua ujian diagnostik tidak menunjukkan jikalau kucing itu menghidapi FIP tetapi kucing tersebut menunjukkan gejala-gejala FIP, rawatan diagnostik akan disyorkan.

Rawatan diagnostik, iaitu memberikan kucing rawatan FIP untuk dua minggu dan menentukan sekiranya keadaan kucing bertambah baik mengikut rawatan.


2 kemungkinan:


  1. Keadaan kucing bertambah baik dengan rawatan, hal ini mengenalpasti FIP pada kucing dan rawatan FIP harus diteruskan untuk 84 hari.
  2. Keadaan kucing tidak bertambah baik dengan rawatan, hal ini menunjukkan ubat FIP tidak membantu kucing dan kucing berkemungkinan besar tidak menghidapi FIP. Diagnosis lanjut akan disyorkan kepada pemilik kucing.


Kesimpulan
Kesimpulannya, FIP merupakan penyakit serius yang membawa kesan buruk kepada kucing. Dengan memahami gejala-gejala dan ujian diagnostik untuk kucing FIP, anda boleh mengambil langkah-langkah yang wajar untuk melindungi kucing anda daripada keadaan yang serius ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai FIP dan rawatannya, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di WhatsApp atau lawati Instagram kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping