
Apabila kamu sedang sakit, selera makan biasanya akan turun mendadak, bukan? Nah, perkara yang sama juga berlaku pada si bulus yang sedang menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP).
Sebenarnya, adalah normal jika kucing yang ada FIP mengalami penurunan selera makan. Namun begitu, penting untuk diingat bahawa bagi melawan penyakit yang merbahaya ini, si bulus perlu ada sistem imun yang kuat.
Salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan ketahanan tubuh adalah dengan memberikan nutrisi dan zat yang mencukupi. Oleh itu, walaupun si bulus enggan makan, kamu tetap perlu berusaha untuk menyuapkannya makanan.
Jadi, makanan untuk kucing FIP apa yang patut diberikan dan apa pula yang harus dielakkan? Jom ketahui jawapan lengkapnya dalam artikel yang telah Basmi FIP Malaysia sediakan khas untuk kamu!
Apa Peranan Nutrisi dalam Pemulihan FIP?
Untuk sembuh sepenuhnya daripada FIP, kucing bukan sahaja perlu menjalani rawatan GS-441524, tetapi juga menerima nutrisi FIP yang mencukupi untuk tubuhnya.
Apabila si bulus mengambil makanan berkhasiat, sistem imun tubuhnya akan jadi lebih kuat dan proses pemulihan pun boleh berlaku dengan lebih cepat.
Sebab itulah, memenuhi keperluan diet kucing sakit adalah sangat penting sepanjang rawatan FIP. Masalahnya, kucing yang sedang bertarung dengan penyakit berbahaya ini cenderung untuk mogok makan.
Sebagai individu yang dipercayai oleh si bulus, kamu harus bantu dia untuk makan dengan pelbagai cara yang selamat dan tidak menyakitkannya.
Makanan Apa yang Sebaiknya Diberikan pada Kucing dengan FIP?
Makanan untuk kucing FIP yang paling sesuai ialah makanan tinggi protein, mudah dihadam, seimbang dari segi nutrisi, dan bebas lysine. Berikut adalah contoh makanan yang dimaksudkan.
Ayam Kukus
Ayam kukus ialah antara pilihan makanan terbaik untuk si bulus yang sedang dijangkiti FIP. Ia tinggi protein, rendah lemak, mudah dihadam, dan mengandungi zat penting.
Pastikan kamu tidak menambah sebarang perasa atau rempah ya! Selain itu, untuk memudahkan si bulus makan, carikkan ayam kukus kepada bahagian kecil dan nipis.
Ikan Kukus
Secara semula jadi, kucing memang gemar makan ikan. Jadi, untuk menaikkan selera makannya, kamu boleh cuba sajikan ikan kukus yang beraroma kuat, seperti salmon.
Selain merangsang selera, ikan juga kaya protein dan lemak sihat (Asid Lemak Omega-3) yang dapat mengurangkan keradangan serta menyokong sistem imun si bulus.
Dry Food
Dry food atau makanan kering juga boleh dijadikan antara pilihan utama semasa kucing dijangkiti FIP. Makanan kering berkualiti mengandungi zat yang cukup seimbang untuk si bulus.
Sebagai tip, kamu boleh tambah air suam atau sup ayam ke dalam makanan kering supaya lebih lembut, beraroma, dan mudah dimakan.
Wet Food
Selain dry food, wet food atau makanan basah juga sesuai untuk kucing FIP. Makanan basah membantu si bulus kekal terhidrat dan memperoleh nutrisi FIP yang diperlukan.
Wet food juga mudah dihadam, jadi sistem pencernaannya tidak perlu bekerja terlalu keras. Pastikan kamu pilih makanan basah yang beraroma dan mempunyai rasa yang kuat, ya!
Makanan Apa Saja yang Sebaiknya Dihindari Kucing dengan FIP?
Sebenarnya, tidak ada pantangan khusus bagi kucing dengan FIP. Hanya saja, Sebenarnya, tiada larangan khusus untuk kucing FIP. Tapi kamu perlu pastikan si bulus tidak makan apa-apa yang secara umum memang toksik buat kucing.
Ini senarai makanan dan kandungannya yang patut dielakkan.
Bawang merah, bawang putih, dan segala jenis bawang kerana boleh merosakkan sel darah merah sehingga menyebabkan anemia.
Coklat kerana mengandungi theobromine yang toksik kepada kucing.
Anggur dan kismis kerana boleh merosakkan buah pinggang.
Telur mentah, daging mentah, atau ikan mentah kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan.
Makanan atau minuman yang mengandungi kafein kerana boleh menyebabkan overstimulasi dan kesan sampingan lain.
Produk tenusu kerana kebanyakan kucing alah kepada laktosa.
Tulang kerana boleh mencederakan tekak dan memperburuk keadaan kesihatan si bulus.
Suplemen Tambahan untuk Pemulihan Kucing
Untuk bantu si bulus pulih daripada FIP yang merbahaya, dengan nasihat doktor haiwan dan pakar dari Basmi FIP Malaysia, kamu boleh pertimbangkan suplemen tambahan berikut.
Vitamin B12: bantu hasilkan sel darah merah, tingkatkan selera makan, dan sokong sistem saraf.
Minyak salmon: jaga ketahanan tubuh, kesihatan kardiovaskular, dan lindungi penglihatan kucing.
Gabapentin: berguna untuk mengurangkan kesakitan, sawan, dan keresahan.
LiverRX: bantu lindungi hati semasa rawatan FIP.
KidneyRX: pulihkan dan lindungi fungsi buah pinggang.
Tips Memberi Makan Kucing yang Kehilangan Selera
Kamu boleh cuba beberapa tip ini untuk bantu kembalikan selera makan si bulus yang hilang akibat FIP.
Tukar menu makanan dan pilih makanan yang bukan sahaja berkhasiat, tapi juga beraroma dan berasa kuat supaya si bulus lebih tertarik untuk makan.
Cuba sajikan makanan dalam keadaan hangat kerana ia lebih wangi dan merangsang selera kucing.
Tetapkan jadual makan yang konsisten.
Suap makanan dengan tangan jika si bulus masih enggan makan dari mangkuk.
Rujuk doktor haiwan sekiranya si bulus tetap tidak mahu makan walaupun kamu dah cuba pelbagai cara. Biasanya, doktor akan beri ubat atau cadangkan makanan khas untuknya.
Kesimpulan
Makan dengan cukup adalah salah satu rahsia penyembuhan yang diyakini ramai. Seperti manusia, kucing juga perlu makan secara teratur dan memperoleh makanan berkhasiat supaya cepat sembuh walaupun dirinya tampak tidak bersemangat.
Jika kamu ada soalan lanjut atau ingin dapatkan konsultasi tentang FIP, jangan segan untuk hubungi pasukan pakar Basmi FIP Malaysia melalui WhatsApp ya!
Kami akan sentiasa bersama kamu supaya kamu tak rasa keseorangan dalam menjaga si bulus tercinta.