Sanitasi dan Pengasingan: Kunci Utama Lindungi Kucing Lain dari FIP – BASMI FIP Malaysia | Official Website ©️
  • Deliveries are from 11.30 - 3.30pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • Recommended Pet Supplements for a Healthier, Happier Pet Learn More
icon-search

Sanitasi dan Pengasingan: Kunci Utama Lindungi Kucing Lain dari FIP

Sanitasi dan Pengasingan: Kunci Utama Lindungi Kucing Lain dari FIP

Feline Infectious Peritonitis (FIP) ialah penyakit yang membawa maut. Namun begitu, penting untuk difahami bahawa sebenarnya, penyakit ini tidak berjangkit. Apa yang boleh berjangkit ialah virus asal FIP, iaitu Feline Coronavirus (FCoV).


Sebenarnya, FCoV merupakan virus yang sangat biasa ditemui pada tubuh kucing dan tidak berbahaya. Jika sistem imun kucing kuat, si bulus akan kekal sihat dan tidak menunjukkan gejala yang membawa kepada penyakit serius.


Namun, situasi akan berubah jika virus ini mengalami mutasi dan sistem imun kucing tidak mampu melawannya. Oleh itu, sebagai Pawrents, kamu perlu faham cara mencegah jangkitan virus FIP pada kucing.


Jom baca penjelasan lengkap yang telah disediakan oleh Basmi FIP Malaysia!



Memahami Risiko Jangkitan FCoV pada Kucing

Seperti yang disebutkan tadi, secara asasnya, FCoV bukanlah virus yang merbahaya dan tidak perlu ditakuti. Virus ini hanya menjadi mimpi buruk apabila ia berjaya bermutasi dalam tubuh kucing.


FCoV ditularkan dari seekor kucing ke kucing lain melalui sentuhan langsung melibatkan mulut atau hidung. Selain itu, virus ini juga boleh menjangkiti kucing lain melalui objek yang tercemar dengan najis kucing yang sudah dijangkiti.


Inilah sebabnya risiko jangkitan virus FIP sangat tinggi di rumah yang dihuni lebih daripada seekor kucing. 


Jadi, jika ada seekor si bulus di rumah kamu yang disahkan menghidap FIP, pastikan kamu segera melakukan pengasingan kucing FIP supaya penularan tidak berlaku, ya!



Bagaimana Cara Melakukan Pengasingan Secara Efektif?

Untuk mengasingkan kucing FIP dengan efektif, kamu boleh ikuti beberapa tip berikut.


  1. Sediakan Ruang Berasingan yang Selesa dan Tenang

Kamu boleh tempatkan si bulus yang menghidap FIP di ruang khas yang jauh daripada bunyi bising, mempunyai pencahayaan semula jadi, dan selesa untuk didiami.


Di ruang itu, kamu boleh sediakan katil yang empuk, tempat makan, minum, serta kotak pasir yang mudah dicapai oleh kucing. Jangan lupa juga sediakan selimut atau kain untuk memastikan ia sentiasa hangat.


  1. Asingkan Tempat Makan, Minum dan Kotak Pasir

Bukan sekadar mengasingkan ruang, kamu juga perlu pastikan tempat makan, minum, dan kotak pasir untuk kucing yang dijangkiti FIP adalah berbeza daripada kucing yang masih sihat. 


Ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan virus FIP.


Selain itu, pastikan kamu kerap mencuci peralatan makan dan minum si bulus yang sedang dirawat – sekurang-kurangnya sekali sehari. Cukup gunakan sabun pencuci pinggan dan air bersih.


Untuk kotak pasir, bersihkan dengan cecair pembersih yang bebas bahan kimia berbahaya, kemudian jemur di bawah cahaya matahari selama beberapa minit untuk membunuh kuman dan habuk.


Jangan lupa untuk kerap tukar pasir juga, ya Pawrents!


  1. Lakukan Rawatan dengan Betul

Salah satu kunci kejayaan dalam rawatan FIP dengan GS-441524 ialah ketepatan. Pawrents perlu patuh pada tempoh rawatan penuh, iaitu 84 hari, dan memberikan dos mengikut keperluan si bulus.


Untuk makluman tambahan, kucing yang berhenti menerima GS-441524 sebelum 84 hari atau tidak mendapat dos yang tepat mempunyai risiko berulang yang lebih tinggi. Jadi, pastikan rawatan dilakukan dengan betul, ya!



Apa yang Perlu Diperhatikan Sepanjang Tempoh Pengasingan?

Ketika si bulus yang dijangkiti FIP sedang menjalani rawatan dan pengasingan kucing FIP, kamu perlu pantau perkembangan atau kemundurannya. Pastikan kamu semak perkara-perkara ini secara berkala.

  • Suhu badan

  • Berat badan

  • Tahap selera makan

  • Aktiviti harian

  • Keadaan fizikal (adakah kucing kelihatan lesu dan tidak bermaya?)


Jika suhu badan kucing stabil, berat badannya meningkat, selera makannya kembali, sudah mula aktif dan tidak terlalu agresif bila disentuh, serta tidak kelihatan lemah – kamu boleh menarik nafas lega.


Kucing juga boleh keluar dari tempoh pengasingan apabila ia menunjukkan tanda-tanda positif atau sudah mula pulih~


Namun, jika sebaliknya berlaku, jangan tunggu lama dan terus bawa si bulus kesayangan ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.


Kesimpulan

Pengasingan kucing FIP dan sanitasi rumah FIP memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan rawatan. 


Oleh itu, jika kamu mempunyai lebih daripada seekor kucing di rumah dan salah satu daripadanya dijangkiti FIP, segera lakukan pengasingan seperti yang disarankan oleh Basmi FIP Malaysia.


Pastikan peralatan makan, minum, dan kotak pasir diasingkan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus FIP. Jangan lupa juga untuk pantau keadaan si bulus secara berkala bagi menilai perkembangannya.


Akhir sekali, jika kamu berasa ragu atau perlukan nasihat lanjut, hubungi sahaja Basmi FIP Malaysia melalui WhatsApp. Kami akan sentiasa ada untuk menemani kamu menghadapi detik sukar ini~

Your cart is currently empty.
Continue shopping