Anemia Pada Kucing: Gejala, Punca, Diagnosis, dan Rawatan – Basmi FIP™ Malaysia
  • Deliveries are from 9.00am - 4.00pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • We're available on Shopee Now! Shop Now!
  • We're available on Lazada Now! Shop Now!
icon-search

Anemia Pada Kucing: Gejala, Punca, Diagnosis, dan Rawatan

Anemia Pada Kucing: Gejala, Punca, Diagnosis, dan Rawatan

Anemia pada kucing merupakan keadaan yang serius dan memerlukan perhatian serta perawatan yang rapi. Artikel ini akan menjelaskan secara mendalam mengenai apa itu anemia pada kucing, gejala, punca, diagnosis, dan rawatan anemia pada kucing. Dengan memahami dan mengenali tanda-tanda awal anemia, pemilik kucing dapat mengambil langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang diperlukan untuk menjaga kesehatan hewan peliharaan mereka.

Apa itu Anemia Pada Kucing?

Anemia didefinisikan sebagai kekurangan sel darah merah dan hemoglobin (atau kedua-dua sekali) dalam darah. Sel darah merah (RBC) merupakan jenis sel darah yang paling umum dalam tubuh badan dan berfungsi sebagai pengangkut utama oksigen ke tisu dan organ tubuh. Ketika kucing mengalami anemia, penurunan jumlah RBC dan/atau hemoglobin akan mengakibatkan kekurangan aliran oksigen ke organ-organ tubuh. Penurunan oksigen ke tisu dan organ tubuh ini dapat menyebabkan kerosakan organ, bahkan kegagalan. Anemia sangat berbahaya dan dapat mengancam nyawa kucing.

Gejala Anemia Pada Kucing

Jika kucing anda mengalami anemia, gejala yang timbul bergantung pada tingkat keparahan, tempoh, dan punca utama penyakitnya. 


Sesetengah gejala anemia yang paling umum terjadi pada kucing termasuk:

  • Kelesuan

  • Gusi pucat (kadang kala ada juga gusi berwarna kuning, yang mungkin merupakan penyakit kuning)

  • Kesulitan bernafas atau bernafas dengan cepat

  • Denyut jantung meningkat

  • Kelemahan atau pengsan

  • Nafsu makan berkurang

Punca Anemia Pada Kucing

Anemia boleh dikenalpasti dengan penurunan jumlah sel darah merah yang disebabkan oleh kehilangan, kerosakkan atau kekurangan penjanaan sel darah merah. Anemia merupakan keadaan yang disebabkan oleh komplikasi lain, melainkan anemia ini akibat dari penyakit atau keadaan dalam tubuh. 


Penyebab anemia dapat dibahagikan kepada tiga kategori besar: 


  • Kehilangan darah,

  • Penghancuran RBC, dan 

  • Kegagalan untuk menjana RBC baru.

Diagnosis Anemia Pada Kucing

Untuk mendiagnosis anemia dan menentukan penyebab yang mendasari keadaan kucing anda, doktor haiwan anda mungkin akan mengesyorkan anda beberapa ujian berdasarkan gejala-gejala yang dialami oleh kucing anda. Ujian yang paling biasa digunakan adalah Complete Blood Cell Count (CBC).


Anemia Pada Kucing FIP

Anemia biasa berlaku pada kucing semasa dijangkiti Feline Infectious Peritonitis (FIP). Kekurangan B12 melambatkan dan menurunkan kemampuan tubuh untuk menjana darah baru dan mempercepatkan penghancuran sel darah. Ketika tahap B12 turun, kucing menjadi anemia. Setelah kucing menjadi anemia, kemampuannya untuk melawan virus FIP dan penyakit lainnya menurun secara drastik.


Berdasarkan pengalaman kami, kucing yang dijangkiti FIP sering mengalami gejala anemia. Kebanyakannya berlaku pada kucing yang menunjukkan gejala FIP neurologi. Hal ini merupakan komplikasi FIP pada kucing, di mana akibat tahap B12 yang rendah daripada biasa dalam kucing, virus FIP menular dengan lebih pantas. Malah, oleh sebab dijangkiti, kemampuan kucing untuk mengekalkan tahap B12 yang mencukupi dalam tubuh berkurang.


Rawatan Untuk Anemia Pada Kucing

Setelah kucing anda didiagnosis anemia, doktor haiwan anda akan bekerjasama dengan anda untuk menyusun jadual rawatan untuk menyembuhkan punca anemia tersebut. Rawatan kucing anda bergantung pada punca penyakit, tahap keparahan, dan kesihatan keseluruhan kucing anda.


Dalam kes yang parah, transfusi darah mungkin diperlukan. Anda harus kerap berbincang dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan pelan rawatan yang sesuai dengan keadaan semasa kucing anda. Ingatlah bahawa pengesanan dan rawatan punca anemia pada peringkat awal akan meningkatkan peluang untuk sembuh dan kesihatan jangka panjang kucing anda. 


GS-441524 + Vitamin B12 dari Basmi FIP

Untuk kucing yang didiagnosis dengan FIP, kami menyediakan GS-441524 + Vitamin B12 yang mampu menghentikan replikasi virus FIP dan memberikan Vitamin B12 tambahan ke tubuh untuk meningkatkan ketahanan terhadap virus. B12 mempromosikan sintesis sel darah merah (pengembangan dan pemeliharaan sel darah merah). Tahap B12 yang cukup diperlukan untuk mencegah anemia.


Sekiranya kucing anda menunjukkan gejala FIP, bawa mereka ke doktor haiwan terdekat anda untuk diagnosis dan rawatan yang betul. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai FIP dan rawatannya, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di WhatsApp Basmi FIP atau lawati Instagram kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh membaca panduan komprehensif mengenai pengendalian FIP pada kucing dengan mengklik di sini.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping