Fitnah untuk keuntungan semata... – Basmi FIP™ Malaysia
  • Deliveries are from 9.00am - 4.00pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • We're available on Shopee Now! Shop Now!
  • We're available on Lazada Now! Shop Now!
icon-search

Fitnah untuk keuntungan semata...

Fitnah untuk keuntungan semata...

Selamat Petang cat parent semua,

Kali ni saya minta maaf dahulu kerana terpaksa bersuara dah. Kami di BasmiFIP, memang sedia maklum ada supplier2 lain dan nama2 lain yang menyediakan GS selain dari kami.. Rasanya ramai juga cat parent yang tahu, tapi apa yang menyedihkan ialah apabila supplier dari nama2 lain ni mula menggunakan unsur2 menghasut dan fitnah semata2 untuk mendapatkan sale… 


Maaf cakap saya perlu gunakan nama dan jenama mereka, Oscar, dan supplier dikenali sebagai Chee. Salah satu cara yang kami dapat tahu dari cat parents ialah, beliau mengatakan kadar relapse kami yang sangat tinggi tanpa menyediakan data… bak kata orang, cakap mulut sahaja…

Wahai Encik Chee, mana dapat data ni? Atau main tembak jer? Kalau begitu, kami pun boleh beritahu yang brand yang disediakan oleh Chee ni, Oscar, tak bagus, banyak relapse, lebih dari 50%, concentration tak sama apa yang diberitahu… katanya 20mg/ml tapi bila di hantar ke lab, sebenarnya 16mg/ml jer.. 

Sedikit snippet dari cat parent, maklumat betul pun tak berani nak bagi



Wahai encik Chee, berapa kes relapse yang ada dari Oscar? Adakah 0%? Bukan kah ini satu penipuan di atas penipuan.. Ya kami ada juga cat parents yang beritahu kucing mereka relapse selepas menggunakan Oscar dan berubah kepada Basmi, tapi tak pernah sekali pun kami beritahu cat parents kisah ni kecuali sekarang.. 



Kami sediakan program untuk kucing-kucing yang betul2 relapse diletakkan terang terangan di website kami, apakah program yang disediakan oleh mereka yang gunakan Oscar? Kenapa tidak diletakkan untuk semua cat parent tahu sebelum pembelian?


Kami ada vet2 yang mengatakan dari beratus2 kucing yang dirawat menggunakan Basmi, hanya 3 yang relapse… jadi di mana yang encik Chee yang mewakili Oscar ni dapat data?


Beginikah cara nak membantu cat parent dengan menakutkan cat parent?

Kami di BasmiFIP sebelum ini tak pernah melarang cat parent walaupun mahu menggunakan herba atau rawatan alternatif untuk merawat kucing mereka kalau itu yang cat parent rasa paling berkesan.. Itu hak cat parent masing2.. Cuma bila fitnah ataupun penipuan dibuat, kami terpaksa bangun dan pertahankan diri sendiri.. 

Jadi En.Chee, apakah Oscar berani mengaku mereka 0% relapse?

Kami di BasmiFIP tak ada apa2 yang nak disorok, relapse case? Mmg ada, dan ada program untuk bantu, concentration report? boleh diberikan.. Ataupun Encik Chee yang wakil brand Oscar ni hanya cakap jer, dan takda apa bukti pun?

Untuk cat parent, nasihat kami dari BasmiFIP, hanya perlu fikir, kenapa mereka nak kena sorok-sorok? Adakah pembekal GS yang hanya tahu memburukkan pihak lain semata2 untuk dapatkan sale betul-betul berminat untuk selamatkan kucing?


Adakah org yang beroperasi begini lebih dipercayai daripada mereka yang tak ada apa2 untuk di sorok..?




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping